18.3.13

Aqiqah & potong jambul

Assalamualaikum..

 Majlis ni buat masa raya haji tahun lepas. Lama sangat dah kan, tapi takde nak cerita gak. Buat kenangan mana tau nanti Nayli dah besar dia nak imbas semula zaman kecik2 dia..

Masa ni umur Nayli 2 bulan, nanti kalau tangguh2 lagi takut tak terbuat dah. Masa ni aku belum mula kerja lagi sebab ambil cuti 3 bulan. Sebab aku kan dok jauh, balik kampung pun kena kira budget gak sebab tol dengan minyak kereta pun dah hampir 4 ratus.



Anis masa ni pun dah sarat gak ni. Dekat 8 bulan rasanya. Tu yang 'kembang' jek tu..hehe. Pastu dok la bising2 sebab baju yang dia pakai tu buat dia nampak lagi gemuk. Adat la tu masa pregnant badan gemuk..hehe


Jemputan jiran2 kampung jek. Yang lain saudara mara dengan kawan2 mak ayah aku. Ramai yang datang sebab nak tengok baby sekali. Banyak lah Nayli kumpul duit angpau



Ini tukang menceriakan majlis..hehe. Marsya ni makin besar makin lah ligatnya..Tak terlarat kadang2 nak layan. Mama Marsya pun tengah tunggu hari ni untuk dapat baby yang ke-3. Habislah Marsya takleh la nak manja2 lagi. Dia ni kan kuat jeles tau. Semua adik dia punya dia nak main. Mainan lagilaa..yang adik dia main tu yang dia sibuk berebut. Kalau tak, takde dia heran pun..






Ok, kelas nak start da..Malasnya nak mengajar ni..Dahla tengah sakit tekak, batuk2. Sekarang musim panas terik, pastu hujan lebat. Rasa nak demam pun ada. Harap2 lah tak demam. Kalau demam, sapa lah nak jaga anak..hurm..


No comments:

Post a Comment

Post a Comment