Tuesday, February 9, 2010

Nak makan pun banyak dugaan..

Selalunya lunch dengan dinner aku akan makan nasi. Kalau makan mee ke, kuey teaw ke..aku cepat lapar. Tapi lepas sembahyang asar tadi tiba2 jek aku teringin nak makan mee goreng basah. Dah terliur da sampai nak buat kerja pun terbayang mee goreng basah..ni aku tunjuk mee goreng basah yang keluar dalam bayangan aku..hihi



Tengok jam baru pukul 7pm. Kira sempat lagi ni nak beli tak terlajak maghrib. Aku pun terus siap2 dan pergi cafe. Terus order mee goreng basah. Bungkus. Kebetulan ada dua orang kawan aku nak makan kat cafe, aku pun borak2 lah sambil tunggu mee aku siap kan. Gosip la apa lagi..;p

Dah dekat setengah jam tunggu, mee aku tak siap2 lagi. Aku pun pergilah tanya kat orang kedai tu

Bang, mee goreng basah bungkus da siap da?
Jap dik, check order
Alamak dik, lupa nak tulis order adik tadi. Tunggu kejap lagi boleh?
Hah?Ok..

Redha jek la. Nak marah pun dia tak sengaja. Dah lupa kan. Aku pun tunggu lah lagi. Masalahnya lama ok! Bukan sekejap..da pukul 8 aku tanya lagi dah siap lum. Dia cakap belum buat lagi mee aku. Sekejap ye! Aku pun takpelah sabar. Balik bilik dulu semayang maghrib. Da siap semayang, aku pegi cafe semula, tanya lagi abang tuh da siap lum..Korang tau dia jawab apa??

Sori dik. Da siap da tapi abang TERBAGI kat orang lain

Aku cam..hhgdhajzljms..tak tau nak cakap apa dah. Main2 lak orang kedai ni kan. Tapi sebab nak makan punya pasal, aku pun cakap.

Buat sekarang lah saya tunggu. Muka dah bengang kan..;p

Kawan aku yang makan kat situ pun ikut bengang..ye laa..dorang tak pasal2 kena tunggu aku!! Tapi nak sedapkan hati dorang cakap takpe la.Mesti abang tu buat special punya. Da rasa bersalah kan. Mesti letak extra ayam punya la..
Da siap, macam ni lah rupa mee tuh lebih kurang



Betullah macam kawan aku cakap..memang dapat extra..tapi bukan extra ayam. Extra garam..Masin gila babas..;p

Cafe tu mulai hari ni aku dah senarai hitam..hahaha




Monday, February 8, 2010

Bersyukur itu perlu..walaupun sedikit

Perkataan malam ni..bersyukur..Jadi mari kita sama2 ucapkan Alhamdulillah. Moga rezeki kita makin bertambah lepas ni. Biarpun kita dapat sedikit, tak sebanyak orang lain. Kena bersyukur gak. Cuba tengok kat orang lain yang tak dapat langsung. Betul tak??

Hihi..dah macam tazkirah lak. Tak percaya aku yang taip macam ni...;p

Tapi betullah. Malam ni aku cam hepi sikit. Ye laa..teringat nak check akaun Nuffnang. Tengok2 dah dapat RM50..genap2. Memanglah tak ratus2 cam orang lain, tapi kira duit gak kan. Lagipun blog aku ni bukan popular pun. Follower pun puluh2 jek. Tapi terima kasih lah ye kepada yang mengunjung blog ni. Bagi yang tinggalkan jejak lagi aku suka. Sebab senang lah aku nak tengok blog korang lak=)

Lagipun aku mula buat blog ni 23 November. Tak sampai dua bulan lagi. Banyak yang aku tak tau. Masih terkial2 nak belajar dari blog orang lain. Entri pun kadang2 membosankan..Yang baca pun mungkin separuh jalan jek dah menyerah kalah..haha..I'Allah akan aku improve apa2 yang kureng tu yek. Korang pun tinggalkan lah komen kalau nak tegur apa2. Nak share apa2, lagi lah ok

Akhir kata..terima kasih yek kepada semua pengunjung blog Ijan(^.^) ni..Terima kasih sangat2


Birthday girl!!

asyik entri serius jek kat blog aku ni. hari ni nak entri yang gembira2 la.hehe..

beberapa hari lepas aku pergi jamuan hari jadi anak kawan aku yang pertama. sepatutnya birthday dia 13 februari tapi sambut awal sebab nak balik raya cina kan. aku tak kisah pun. yang penting makan free..;p

geram ok dengan budak kecik ni. comel sesangat!! dah la segala2nya cepat. umur 8 bulan da boleh jalan. sekarang ni dah boleh cakap sikit2 la. kira adalah perkataan yang boleh difahami. paling best banyak perkataan baru yang aku belajar dari budak kecik ni..hehe..contah??

bak=botol susu
bum=baring
ball=semua yang bentuk bulat..;p

ada lagi tapi tak ingat da. ingatan aku makin pendek sekarang ni. tanda2 da tua kot..haha



Photobucket



ini lah birthday girl kita ye..namanya Isya. nama penuh pun aku da lupa. budak2 sekarang kan nama canggih2. susah aku nak hafal..hehe..

oh, aku kena bagi anak aku nama pendek2 ni. kalau tak nanti anak sendiri pun aku lupa nama. anak sendiri aku ingat kot..anak orang lain jek aku lupa2..lalalala..




Thursday, February 4, 2010

Pelan perniagaan yang berjaya

Aku terus ke topik ni la ek.hihi..intro cam malas nak fikir dan taip;p

Siapa antara kita yang berminat nak memulakan perniagaan?? Kira orang putih kata jadi businessman la. orang melayu lak cakap usahawan. Kalau yang ada modal, mungkin impian ni jadi lagi senang la kan. tak yah nak pinjam bank ke pinjam along bagai. Boleh la berniaga salon ke, kedai dobi ke, restoran ke, jual kambing ke apa2 lah. Yang penting halal kan.hehe

Tapi..nak berniaga ni kena lah ada ilmu berniaga. Kiranya nanti bolehlah pilih jalan terbaik nak mula, kekalkan, majukan perniagaan. Ada ilmu berniaga pun boleh elakkan kita kena tipu. Ye laa..berniaga pakai duit kan. Nanti kena tipu da rugi banyak.huhu..tul tak? Ijan cadangkan apa kata anda dapatkan Koleksi Pelan Perniagaan Yang Berjaya. Percuma! Sangat penting untuk rujukan dan tambah ilmu perniagaan. Ijan pun da mula berniaga sikit2 ni. Mula dengan jual Sabun Organik. Untung pun da dapatlah buat ijan senyum.hehe

Dalam koleksi ni ada banyak contoh pelan perniagaan. Antaranya:

1) Tanaman cendawan

Photobucket

2) Ternakan burung puyuh

Photobucket

3) Percetakan

Photobucket

4) Kedai dobi
5) Makanan ringan
7) Salon kecantikan

Photobucket

8) Ternakan kambing
9) Pembuatan baja organik
10) Ladang sayur
11) Katering
12) Telekomunikasi
13) Kedai jahit
14) Bakeri
15) Restoran
16) Ladang sayur
17) Ternakan ikan keli
18) Cyber cafe
19) Tanaman buah naga
20) Frozen food


Jom kita sama2 dapatkan di sini. Percuma..=) Klik jek. Lepas da bagi nama dan email, kita akan dapat email confirmation untuk download. Check kat spam ye kalau xde kat inbox. Lepas da klik link confirmation, link untuk download akan diberi kat email. Senang jek..hihi



Kemahuan vs Kehendak


Ni aku menulis sebagai seorang dewasa bila memberi komen tentang remaja2 zaman sekarang. aku tak la kata aku ni dewasa sangat, tapi sekurang2nya dah mampu nak gunakan akal untuk membuat keputusan yang paling menyenangkan ramai pihak, tak menyenangkan sedikit pihak..nak buat 100% menyenangkan tu memang mustahil lah kan..selagi aku bernama manusia;p

kemahuan tu apa??makanan, tempat tinggal, pelajaran, dan lain2 yang penting untuk kita. kiranya kalau kemahuan tu tak dapat dipenuhi, kita memang tak boleh hidup..tapi sebagai manusia, kita ada lagi satu yang dipanggil kehendak kan..segala macam benda yang kita nak kejar sedangkan kadang2 kita abaikan kemahuan kita..eh faham tak ni. cam belit lak ayat aku..huhu

ok dah. nanti intro aku lari lak dari apa yang aku nak cerita sebenarnya.. adik bongsu aku sibuk minta belikan motor baru. motor cam dalam gambar kat atas tuh. baru tingkatan lima. tapi diingatkan eh..aku cerita bukan sebab aku jeles ke apa. tapi sebab pada aku dia masih tak dapat nak bezakan kemahuan dengan kehendak dia..ok sambung balik.hahaha..dah dekat dua bulan gak la dia merengek2 minta sampai mak ngn ayah aku da tak larat nak dengar..

kalau adik aku ni susah kena jalan kaki ke sekolah kira okla. masuk akal gak la dia nak motor baru kan. masalahnya dia dah ada motor da..motor tu pun sangat2 elok lagi. siap nak conteng2..pe ek nama nya. air brush kot..beratus2 abis nak layankan kehendak dia tuh. kalau cover set, rim, tayar entah berpuluh kali ganti. konon nak ikut selera zaman sekarang la. setakat demam sikit2 jek la motor tuh. tu pun kadang2

dia ni sibuk nak motor nouvo tuh sebab pengaruh kawan2 laa..aku tak faham kenapa la sibuk nak bergaya dengan motor baru ke apa. kan nak bawak g sekolah..asal sampai kira da ok lah kan. bukan dapat markah exam extra ke apa...;p

lagi2 aku rasa dia tak patut dapat motor baru sebab dia tak de lesen pun lagi. disebabkan aku tak leh nak halang ayah aku dari belikan dia motor baru..aku soh ayah aku bagi syarat kat dia. dapat lesen dulu baru dapat motor baru. terus sibuk dia nak amik lesen. haha..terus dia g daftar nak amik lesen

mungkin rezeki dia la sebab anak bongsu pun. manja dan semuanya dimintak dapat tu kira perkara biasa la..yang aku harapkan semoga bila dapat motor baru nanti, please..please..please belajar sungguh2 untuk SPM tahun ni..tak lama da lagi. jadikan motor baru tuh semangat tuk lagi rajin belajar. tu kemahuan yang dia patut buat sebenarnya. ok adikku, semoga berjaya dalam SPM tahun ni ye!

adik korang ada tak camni??




Wednesday, February 3, 2010

So typically Malaysian

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS:
Maggi Mee.

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE:
Traffic Jam.


NATIONAL WHEREABOUTS
"On my way!!!"

NATIONAL CONDOM:
None. Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms. So they rushed
into a 7-11, hurriedly grab the nearest pack, any pack, pay and leave
before the cashier can even blink an eye.


NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION:
Pineapple

NATIONAL APHRODISIAC DRINK:
Stout. Many swear by it. But after a few pints they start swearing at
everything.. .

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN):
Food Poisoning.

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN):
Menstrual Pain

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX:
Headache, kids not asleep, maid not asleep, mother-in-law around, early
appointment, food not digested yet, aircond not cold enough,! aircond too
cold, nail polish not dry yet, forgot to take the pill, sleepy,stomachcramp s,
period, haven't remove make-up, haven't shower, no water supply,
going to watch "Santa Barbara", depress, no mood, etc...

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX:
None. Malaysian men never refuse sex. (oh ya??)

NATIONAL CURE FOR HEADACHES:
Panadol. The "cure for all". If it fails we have another secret weapon;
Tiger Balm.


NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES):
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES):
The sight of a police roadblock. (;-o)

NATIONAL RUBBISH DUMP:
Anywhere. As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME:
Carrefour. Sometimes even pronounced as Carry 4! On second thoughts, why
bother pronouncing stupid French brands like Peugeot, Renault or Citroen
correctly. I think it sounds better, when the local mechanics say "Pew
Jeot". When I was in school, Milo was always 'MeeLo', now that I'm
sophisticated, I say "My Lo". So don't be embarassed saying "Carry 4" when
the Mat Sallehs shamelessly pronounce orang utans as "rangutan".


NATIONAL ROADSIDE DISTRACTION:
The Bra-less Tourist. See how heads turn and traffic slows down when a
bra-less Mat Salleh backpacker goes bouncing about on the streets





Tuesday, February 2, 2010

Ijan mencari permata yang hilang..

Aku ibaratkan kawan2 aku macam permata. Mahal. Susah dicari. Tapi senang hilang. Yelah..nama pun benda berharga kan. Mestilah hilang kalau kita tak jaga betul2..Aku bukannya kawan yang rajin nak contact setiap sorang kawan yang aku ada. Tak sempat kot..huhu..Kalau contact pun guna FB jek la..tapi tak semua lak yang ada FB kan;p



Kalau kawan2 U kira aku rapat lagi lah. Cam tau lah jugak apa berita yang terjadi. Yang kahwin ke, tunang ke, dah dapat baby ke..kalau aku tak contact sendiri pun, kawan2 aku yang lain boleh bawak berita. Tapi kawan sekolah menengah..berapa kerat jek aku jumpa balik kat FB. Macam mana nak cari dorang ek?? Kira2 kalau aku buat entri ni ada lah yang boleh tolong kan.hehe..



Ini gambar masa tingkatan 3. Aku tak comel pun. Jadi takyah tunjuk. Tapi sebenarnya sekarang pun tak comel gak.hihi..Aku paling2 cari seorang kawan ni. Tiba2 jek aku dan semua kawan2 tak boleh contact dia. Hilang tanpa berita. Rumah dia pun da pindah. No handphone pun dah tukar. Friendster dah lama tak update. Aku nak cari sangat2 sebab dia rapat gila dengan aku. Mana eh ko pergi..


Siapa2 yang kenal Noor Tasha Abdul Talib, dari Kota Tinggi, Johor..tolong inform kat aku ye. Bagi email pun boleh kalau taknak bagi komen. Kalau jumpa dia balik, bolehlah aku jemput dia masa aku tunang nanti..hihi. Berangan terlebih lak;p